YBM.DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

  • Nama: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
  • Umur: 53
  • Tarikh Lahir: 12 Disember 1950
  • Tempat Lahir: Melaka
  • Jawatan: Ahli Parlimen Putrajaya
  • Menteri Pelancungan
  • Ketua UMNO Bahagian Putrajaya
  • Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.
DATUK Tengku Adnan Tengku Mansor antara nama yang pernah memenangi jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO tanpa mempunyai sebarang jawatan dalam parti. Kejayaan itu dicapai pada pemilihan 1993 apabila beliau yang ketika itu dianggap sebagai calon 'swasta' menduduki tangga ke-21 dengan 928 undi.
Bagaimanapun pada pemilihan 1996 beliau gagal mempertahankan jawatannya itu setelah mendapat tempat ke-27 dengan jumlah 886 undi. Sehubungan itu, pada pemilihan kali ini beliau yang mendapat 84 pencalonan dari bahagian berharap para perwakilan menilai pengalaman dan sumbangannya kepada parti.

Bagaimanapun beliau yang menduduki tangga ke-24 dari senarai pencalonan yakin perwakilan pada pemilihan parti September ini akan membuat pilihan yang terbaik. Katanya, walaupun saingannya nampak sengit terutama dari muka-muka baru namun beliau yakin peluangnya tetap ada.

Tengku Adnan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Batu Road, Kuala Lumpur dan kemudiannya Sekolah Tinggi Setapak.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi Mara (kini UiTM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan kemudiannya ke University of Southern California. Selepas berkhidmat sebagai Pengurus Besar Jualan, Carpet International Berhad dari 1972 hingga 1979, beliau menceburi bidang korporat bersama saudara lelakinya menubuhkan Tadmansori Holdings.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mula melibatkan diri dalam politik sejak awal tahun 1980-an dan antara jawatan terawal dipegang ialah Ketua Penerangan UMNO cawangan Kampung Bakti Seputeh (1984-86). Kemudiannya, kedudukan beliau meningkat tahap demi tahap hingga dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian Seputeh pada tahun 1998.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Senator Dewan Negara sebelum menjawat jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 2001. Setahun selepas itu beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tengku Adnan dilantik semula sebagai Senator Dewan Negara pada 2003 sebelum melepaskannya tahun ini untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya dan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Abdul Rahman Othman dengan majoriti 3,546 undi.

Pada 1999 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO yang kemudiannya dilepaskan awal tahun ini selain sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Beliau berkahwin dengan Datin Enny Beatrice Ferlat Anggraini dan dikurniakan sembilan anak.
5 Comments:
  • At 5:08 PM, Blogger cafeman said…

    Salam 1Malaysia,

    Saya sebagai salah seorang penghuni kuarters di Presint 11 yang dipecah masuk pencuri pada 30 November 2012 yang lalu (No. Repot : PRESINT 11/001862/12) ingin mendapatkan penjelasan daripada YB selaku Ahli Parlimen Putrajaya mengenai langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.

    Konsep kediaman tidak berpagar dan rekabentuk rumah khususnya kuarters kerajaan membuka peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan. Bagaimanakah pegawai kerajaan seperti saya yang sering bertugas di luar daerah dapat meninggalkan keluarga dengan aman sekiranya kes-kes pecah rumah semakin berleluasa di Putrajaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

    Pihak polis seharusnya meningkatkan kawalan dan rondaan apatah lagi di kawasan Presint 11 yang mempunyai Balai Polis tersendiri. Saya berharap YB dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh pengundi untuk memastikan Putrajaya mencapai status Bandar Selamat.



     
  • At 5:09 PM, Blogger cafeman said…

    Salam 1Malaysia,

    Saya sebagai salah seorang penghuni kuarters di Presint 11 yang dipecah masuk pencuri pada 30 November 2012 yang lalu (No. Repot : PRESINT 11/001862/12) ingin mendapatkan penjelasan daripada YB selaku Ahli Parlimen Putrajaya mengenai langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.

    Konsep kediaman tidak berpagar dan rekabentuk rumah khususnya kuarters kerajaan membuka peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan. Bagaimanakah pegawai kerajaan seperti saya yang sering bertugas di luar daerah dapat meninggalkan keluarga dengan aman sekiranya kes-kes pecah rumah semakin berleluasa di Putrajaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

    Pihak polis seharusnya meningkatkan kawalan dan rondaan apatah lagi di kawasan Presint 11 yang mempunyai Balai Polis tersendiri. Saya berharap YB dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh pengundi untuk memastikan Putrajaya mencapai status Bandar Selamat.



     
  • At 2:10 PM, Blogger Unknown said…

    ASSALAMUALAIKUM..

    KAMI INGIN BERTANYA KEPADA YANG BERHORMAT DATO BEBERAPA PERSOALAN :-

    1) ADAKAH KAMI SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN TERKECUALI MENDAPAT MANFAAT GAJI MINUMUM RM900 YANG TELAH DI UMUMKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.


    i) SAYA DAN KEBANYAKKAN RAKAN-RAKAN YANG BEKERJA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN DI KOMPLEKS KERAJAAN DI WILAYAH PERSEKETUAN PUTRAJAYA MASIH TIDAK MENERIMA MANFAAT GAJI MINIMUM RM900 YANG TELAH DI WARA-WARAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN SEBELUM INI. GAJI POKOK YANG MASIH DITERIMA OLEH KAMI MASIH RM550 UNTUK 8 JAM BEKERJA. TIDAK TERMASUK KERJA LEBIH MASA 4 JAM DAN KERJA LEBIH MASA (0T) YANG LAIN. PURATA GAJI UNTUK SEBULAN MASIH DALAM LINGKUNGAN RM1300 SEBULAN.


    KAMI BERHARAP AGAR MASALAH KAMI DAPAT DIPANJANGKAN DAN DI ATASI DENGAN BAIK. KAMI GOLONGAN MUDA MENYOKONG PENUH PIMPINAN DATO NAJIB BIN RAZAK SELAKU PERDANA MENTERI MALAYSIA.

    “ GOLONGAN MUDA TULANG BELAKANG PEMBANGUNAN NEGARA”

     
  • At 8:27 PM, Blogger mryap said…

    Kepada setia-usaha Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (UMNO) Ketua Parti gerakan Mah Siew Keong, Ketua MIC Datuk Seri G. Palanivel, Ketua PPP Datuk T. Murugiah dan peminpin-peminpin komponen.

    Kami YIP KUM FOOK Ketua MCA Gombak, YIP JIUN HANN pemuda MCA Gombak dan Jayanthi Devi Balaguru ketua Gerakan Segambut (CHIA OOI SUN & CO.) Advocates & Solicitors 48-1 1st Floor, Jalan Brunei Utara Off Changkat Thambi Dollah, Pudu 55100 Kuala lumpur, dengan hormatnya disini harap semua parti komponen BN menyokong seruan bekas menteri penerangan Zain Nuddin menjemput bekas Perdana menteri DR. Mahathir bin Mohamad ke Putera Jaya menolong Kerajaan mentadbir Negara.

    Kerana berbanding dari segi ekonomi, keselamatan, pembangunan dan lain-lain dengan jelasnya bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad lebih berkaliber dan berpengalaman mentadbir Malaysia dengan sepurna.

    Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

    YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
    NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
    JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
    52100 KUALA LUMPUR

     
  • At 5:50 AM, Blogger Unknown said…

    Kepada setia usaha UMNO Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Presiden PPP Dr. Kanagaratnam Pillai dan pemimpin-pemimpin komponen BN,

    Demi kepentingan Negara kami YIP KUM FOOK (Ketua MCA GOMBAK) NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100, KL Ketua Pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, No. Suite 3.43, Kompleks Desa, Jalan Kepong,, 52100, Kuala Lumpur. Jayanti B. Balaguru (Pengurusi parti gerakan Segambot) dan Ooi Ah Bah (Chia Ooi Sun & Co.) Advocates & Solicitors No. 48-1, 1st Floor Jalan Brunei Utara off Changkat Thambi Dollah, Pudu, KL.

    Dengan segala hormatnya disini, harap semua pemimpin-pemimpin parti komponen BN sebulat suara menjemput bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad Ke Putra Jaya menolong kerajaan mentadbir Negara mencapai kejayaan lebih cemerlang

    Kami yakin berkeliber dan pengalaman bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir bolih melindungi kedaulatan dan mengekalkan keamanan Negara. Harap Dr. Mahathir bin Mohamad jangan mengecewakan Rakyat Malaysia

    Sekian dimaklum,

    Terima Kasih

     
Post a Comment
<< Kembali
 


Pautan Putrajaya
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Hak Milik
    BLOGGER